5.0
Kesantunan Bahasa
Disunting
Oleh:MUHAMMAD ABU HANIFAH BIN ABD AZIZ (06DAD14F2032)
DEFINISI
KESANTUNAN BAHASA
"Kesopanan
dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui
lisan atau tulisan."
KONSEP
KESANTUNAN BERBAHASA
- Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh
seseorang dengan penuh sopan
- Timbang rasa yang kita berikan kepada orang
yang mendengar pertuturan kita.
- Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu
dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak
berbudi bahasa.
- Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau
menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
- Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu
mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
- Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan
penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
- Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang
tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar
sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
- Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan
kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
- Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi,
topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
- Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek,
menyindir, perli atau menempelak.
- Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan
penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.
Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam,
junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
- Kata dan ungkapan bertatasusila banyak
digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung
kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Kredit: James
Lin Tzy Lun & Keoh Hui Min
6.0
Unsur-Unsur Khurafat dalam Filem
Dibuat
Oleh: Muhammad Khairul Bin Harris (06DAD14F2038)
Ramai masyarakat gemar menonton filem yang bergenre seram di mana
sebenarnya mendorong untuk berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui
tontonan filem. Ia boleh menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh
mendatangkan keburukan kepada mereka.
Oleh yang demikian , pihak jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan audio atau
visual supaya tidak bercangah dengan akidah Islam.
TAKRIF KHURAFAT, TAHYUL,
DAN KEPERCAYAAN KARUT
Menurut kitab “AL-Muk’jam
al-wasit”, khurafat ialah cerita mempersonakan yang dicampuradukkan
dengan perkara dusta, dan mengikut “Kamus al-Marbawi”, khurafat ialah
sebarang cerita yang benar-benar dusta. Manakala pendapat lain pula menyifatkan
khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara yang sukar untuk dipercayai
seperti rekaan atau dongeng(lagenda) serta menyimpang dengan ajaran Islam.
Istilah tahyul
pula bermaksud semua cerita, sama ada kahyalan atau rekaan, ajaran-ajaran,
pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang
menyimpang daripada ajaran Islam.
Kepercayaan
karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu
masyarakat,tamadun dan peradaban yang direka serta bercangah dengan ajaran
Islam. Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai maksud dan perkaitan yang rapat
antara satu sama lain.
CIRI-CIRI KHURAFAT DAN
TAHAYUL DALAM BAHASA PENERBITAN
Berdasarkan garis panduan
JAKIM (2009) antara ciri-ciri khurafat dan tahyul seperti berikut:-
·
Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada
Al-Quran atau hadis.
·
Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan
atau kepercayaan karut.
·
Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang
bercanggah dengan Islam.
·
Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada mahkluk
halus bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah
Islam.
·
Penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi
tujuan tertentu.
·
Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negative dari segi akidah dan
syariat Islam.
BENTUK-BENTUK KHURAFAT DAN
TAHAYUL
Berikut adalah
bentuk-bentuk khurafat dan tahayul :-
·
Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.
·
Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat membuang sial.
·
Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, seperti adat
memuja kampong.
·
Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti memuja
semangat padi.
·
Kepercayaan terhadap ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau
rajah-rajah tertentu.
·
Pemujaan objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur.
HUKUM BERAMAL DENGAN
PERKARA KHURAFAT DAN TAHAYUL
Hukuman
ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul adalah Syirik.
Dalam Islam, kepercayaan selain dari kuasa Allah SWT adalah syirik dan
bertentangan dengan kepercayaan tauhid.
Hal ini
berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang
bermaksud : “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya,
“apakah tujuh perkara tersebut?” Baginda menjawab : “Menyukutukan Allah, sihir,
membunuh orang tanpa hak, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan
menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”.
(al-Bukhari)
RUMUSAN
·
·
Persaudaraan dalam Islam
boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
·
Islam mengharuskan hiburan
kerana sebahagian daripada fitrah manusia.
·
Etika kewartawanan dalam
Islam perlu bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.
·
Hukum beramal dengan
perkara khurafat dan tahayul ialah syirik.
7.0 Etika Kewartawanan
Disunting oleh: MUHAMMAD KHAIRUL AMRIE BIN
SAMSUDDIN (06DAD14F2064)
Wartawan bermaksud individu yang
ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada
khalayak. Daripada sudut pandangan Islam, wartawan bermaksud seorang
pendidik, pendakwah dan pemimpin. Walaupun wartawan menghadapi kesukaran,
kesusahan atau apa jua bentuk ujian dalam usaha mendapatkan kebenaran berita
namun dalam Islam dianggap jihad dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. jika
sesuatu penyebaran mengikut syariahnya. Ini kerana Islam sebagai agama yang
syumul sentiasa menganjurkan setiap umatnya mengamalkan cara hidup yang
beretika serta mematuhi prinsip kehidupan Islam yang sebenar yang mencakupi
setiap aspek kehidupan.
Salah satu sifat yang perlu
dimiliki wartawan iaitu perlulah mempunyai etika kerja yang bersifat jujur dan
berperi laku sebagaimana yang digariskan mengikut hukum al- Qur’an dan
al-Hadith. Etika Kewartawanan dalam Islam merangkumi prinsip etika
seperti:
·Bertakwa dan takut kepada Allah S.W.T. dalam
setiap khabar berita yang diberi ulasan serta perlu menjaga akhlak peribadi
dengan akhlak dan adab-adab Islam.
·Bersifat amanah pada diri dan masyarakat dengan
menyiarkan kebenaran dan khabar berita yang berfaedah serta membuat kajian yang
terperinci sebelum disebarkan setiap khabar berita yang diterima.
·Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya bukan
hanya mendapatkan keuntungan sematamata. Dengan cara menghubungkan isu-isu dan
berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah S.W.T agar manusia mengetahui
bahawa agama Allah S.W.T atau risalah Islam itu meliputi seluruh bidang
kehidupan.
·Berusaha menolak segala pembohongan/penulisan
serta pemikiran yang menyesatkan serta mengembalikan mereka kepada Allah S.W.T.
kerana itulah satu-satunya jalan yang memberi kebahagian kepada manusia.
KREDIT :
NUR SHAFIQAH
8.0
PENUTUP
Konsep hubungan sesama
manusia, persaudaraan dan kejiranan amat penting untuk difahami. Nilai- nilai
murni seperti kasih sayang, belas kasihan, saling menghormati, bekerjasama,
bertanggungjawab dapat memupuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam
keadaan aman dan damai. Kehidupan bermasyarakat mempunyai batas- batas yang
telah ditetapkan dalam Islam melibatkn pergaulan dan adab sesama manusia. Dalam
konteks Malaysia, integrasi budaya amat dititikberatkan supaya masyarakat dapat
hidup dengan selesa dan saling menghormati antara satu sama lain. Namun,
pelbagai isu seperti perkauman, penyebaran fitnah,hiburan melampau, etika
kewartawanan, kesantunan bahasa dan unsur- unsur khurafat dapat ditangani
dengan baik supaya tidak berlaku pepecahan dalam masyarakat.