Sunday, 5 February 2017

Isu-isu Kontemperori Bahagian 2



5.0 Kesantunan Bahasa
Disunting Oleh:MUHAMMAD ABU HANIFAH BIN ABD AZIZ (06DAD14F2032)


DEFINISI KESANTUNAN BAHASA
"Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."


KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
  • Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan
  • Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
  • Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
  • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
  • Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
  • Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
Kredit: James Lin Tzy Lun & Keoh Hui Min


 6.0 Unsur-Unsur Khurafat dalam Filem

Dibuat Oleh: Muhammad Khairul Bin Harris (06DAD14F2038)


            Ramai masyarakat gemar menonton filem yang bergenre seram di mana sebenarnya mendorong untuk berasa takut kepada objek yang dijelmakan melalui tontonan filem. Ia boleh menimbulkan kepercayaan bahawa objek tersebut boleh mendatangkan keburukan kepada mereka.
           Oleh yang demikian , pihak jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan yang perlu digunakan bagi penghasilan audio atau visual supaya tidak bercangah dengan akidah Islam.

TAKRIF KHURAFAT, TAHYUL, DAN KEPERCAYAAN KARUT
  Menurut kitab “AL-Muk’jam al-wasit”, khurafat ialah cerita mempersonakan  yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, dan mengikut “Kamus al-Marbawi”, khurafat ialah sebarang cerita yang benar-benar dusta. Manakala pendapat lain pula menyifatkan khurafat ialah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara yang sukar untuk dipercayai seperti rekaan atau dongeng(lagenda) serta menyimpang dengan ajaran Islam.
   Istilah tahyul pula bermaksud semua cerita, sama ada kahyalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
   Kepercayaan karut ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat,tamadun dan peradaban yang direka serta bercangah dengan ajaran Islam. Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai maksud dan perkaitan yang rapat antara satu sama lain.

CIRI-CIRI KHURAFAT DAN TAHAYUL DALAM BAHASA PENERBITAN
Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khurafat dan tahyul seperti berikut:-
·           Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada Al-Quran atau hadis.
·            Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
·            Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
·            Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada mahkluk halus bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah Islam.
·            Penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan tertentu.
·            Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negative dari segi akidah dan syariat Islam.




BENTUK-BENTUK KHURAFAT DAN TAHAYUL
  Berikut adalah bentuk-bentuk khurafat dan tahayul :-
·            Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.
·               Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat membuang sial.
·               Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, seperti adat memuja kampong.
·               Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti memuja semangat padi.
·               Kepercayaan terhadap ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
·               Pemujaan objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur.

HUKUM BERAMAL DENGAN PERKARA KHURAFAT DAN TAHAYUL
    Hukuman ke atas pelaku yang percaya kepada amalan khurafat dan tahayul adalah Syirik. Dalam Islam, kepercayaan selain dari kuasa Allah SWT adalah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid.
   Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang bermaksud : “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya, “apakah tujuh perkara tersebut?” Baginda menjawab : “Menyukutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”.           
 (al-Bukhari)

RUMUSAN
·       
·        Persaudaraan dalam Islam boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.
·        Islam mengharuskan hiburan kerana sebahagian daripada fitrah manusia.
·        Etika kewartawanan dalam Islam perlu bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.
·        Hukum beramal dengan perkara khurafat dan tahayul ialah syirik.



 7.0 Etika Kewartawanan
 Disunting oleh: MUHAMMAD KHAIRUL AMRIE BIN SAMSUDDIN (06DAD14F2064)


Wartawan bermaksud individu yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak. Daripada sudut pandangan Islam, wartawan bermaksud seorang pendidik, pendakwah dan pemimpin. Walaupun wartawan menghadapi kesukaran, kesusahan atau apa jua bentuk ujian dalam usaha mendapatkan kebenaran berita namun dalam Islam dianggap jihad dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. jika sesuatu penyebaran mengikut syariahnya. Ini kerana Islam sebagai agama yang syumul sentiasa menganjurkan setiap umatnya mengamalkan cara hidup yang beretika serta mematuhi prinsip kehidupan Islam yang sebenar yang mencakupi setiap aspek kehidupan.

Salah satu sifat yang perlu dimiliki wartawan iaitu perlulah mempunyai etika kerja yang bersifat jujur dan berperi laku sebagaimana yang digariskan mengikut hukum al- Qur’an dan al-Hadith. Etika Kewartawanan dalam Islam merangkumi prinsip etika seperti:

·Bertakwa dan takut kepada Allah S.W.T. dalam setiap khabar berita yang diberi ulasan serta perlu menjaga akhlak peribadi dengan akhlak dan adab-adab Islam.
·Bersifat amanah pada diri dan masyarakat dengan menyiarkan kebenaran dan khabar berita yang berfaedah serta membuat kajian yang terperinci sebelum disebarkan setiap khabar berita yang diterima.
·Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya bukan hanya mendapatkan keuntungan sematamata. Dengan cara menghubungkan isu-isu dan berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah S.W.T agar manusia mengetahui bahawa agama Allah S.W.T atau risalah Islam itu meliputi seluruh bidang kehidupan.
·Berusaha menolak segala pembohongan/penulisan serta pemikiran yang menyesatkan serta mengembalikan mereka kepada Allah S.W.T. kerana itulah satu-satunya jalan yang memberi kebahagian kepada manusia. 





KREDIT :  NUR SHAFIQAH




 8.0 PENUTUP

Konsep hubungan sesama manusia, persaudaraan dan kejiranan amat penting untuk difahami. Nilai- nilai murni seperti kasih sayang, belas kasihan, saling menghormati, bekerjasama, bertanggungjawab dapat memupuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman dan damai. Kehidupan bermasyarakat mempunyai batas- batas yang telah ditetapkan dalam Islam melibatkn pergaulan dan adab sesama manusia. Dalam konteks Malaysia, integrasi budaya amat dititikberatkan supaya masyarakat dapat hidup dengan selesa dan saling menghormati antara satu sama lain. Namun, pelbagai isu seperti perkauman, penyebaran fitnah,hiburan melampau, etika kewartawanan, kesantunan bahasa dan unsur- unsur khurafat dapat ditangani dengan baik supaya tidak berlaku pepecahan dalam masyarakat.

  kredit :Muhammad Azammuddin Bin Shaari (06DAD14F2034)




9.0 RUJUKAN
  
 Internet 
 -http://komunikasipenyiarandalamislamdib4a.blogspot.my/





  

No comments:

Post a Comment