Sunday, 5 February 2017

Isu-isu Kotemporari

1.0 PENDAHULUAN

Mengikut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) kontemporari bermaksud pada masa kini atau maksud lain sandiwara yg mengambil perbahanannya drpd lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kepada penimbaan peristiwa-peristiwa semasa. Isu-isu kontemporari dalam hubungan sesama manusia melibatkan beberapa elemen penting seperti perkauman,penyebaran fitnah, hiburan melampau, etika kewartawanan, kesantnan bahasa dan unsur-unsur khurafat dalam filem.

kredit :Muhammad Azammuddin Bin Shaari (06DAD14F2034)




2.0 Perkauman

Diubah oleh: Muhammad Shafiq Bin Abu (06DAD14F2062)

Pengenalan

Perkauman ialah orang yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau bangsa terhebat atau utama selain bangsa lain di dunia. Mereka ini mengamalkan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari bangsa yang lain.


Jika dirujuk sebagai kata sifat pula perkauman bermaksud perbuatan diskriminasi ke atas sesuatu bangsa atau agama. Perkauman yang keterlaluan akan menyebabkan ketegangan berlaku. Contoh perkauman yang dapat dilihat apabila sesuatu bangsa lain menghina dan menjatuhkan martabat sesuatu bangsa lain. Selain itu, bangsa berkaitan hanya bergaul dengan bangsanya sahaja.



Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Punca

Pada zaman moden ini terlalu  banyak kes yang berpunca daripada perpecahan dalam perpaduan antara kaum. Kesan ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan kagawatan dalam sesebuah ekonomi masyarakat. Jika ianya dibiarkan perkara ini boleh menggugat sesebuah Negara itu sendiri ini, kerana perpaduan dan perkauman adalah tunjang utama dalam membangunkan sesebuah Negara. Antara punca puncanya ialah jenayah, ini kerana, jenayah boleh membangkitkan kemarahan kaum kaum tertentu. Selain itu, propaganda perkaumandi laman sosial  seperti facebook, myspace dan tagged merupakan salah satu punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia contohnya kejadian yang berlaku baru baru ini di mana seorang seorang warga cina telah memuat naik gamba yang berunsur penghinan di laman facebook nya. Kes ini telah membuat banyak pihak tidak berpuas hati dan membuat laporan polis. 

Bukan itu sahaja, ahli agama yang mengkritik secara langsung dan tidak langsung pada kaum lain juga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di Negara kita. Bukan itu sahaja, kurang penerapan nilai insaniah dan perpaduan yang kuat dalam diri juga bileh membawa kepada kaum. Oleh itu ibubapa perlu memberi didikan yang sewajarnya tentang kepentingan penyatuan dalam perpaduan dan perkauman. Politik Negara juga merupakan salah satu punca perpecahan kaum di Malaysia. Justeru, sebagai rakyat kita harus menghapuskan punca punca utama di atas bagi mengelakan perpecahan di dalam perkauman. 


Kesan

Kesan perkauman terhadap sesebuah negara amat mendalam. Pentadbiran negara akan berkucar-kacir, masyarakat tidak mempercayai satu sama lain, ekonomi negara akan tergugat. Sebagai contoh peristiwa hitam yang melanda negara kita iaitu peristiwa 13 Mei 1969:



Cara Mengatasinya

Bagi memantapkan hubungan kaum di Malaysia, kerajaan memainkan peranan penting dalam merangka semula dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat serta integrasi nasional. Antara salah satu daripada langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan adalah meneruskan dan menjayakan tiga dasar-dasar penting iaitu Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan Dasar Wawasan Nasional yang mempunyai satu matlamat yang sama di mana untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui sosioekonomi yang seimbang di Malaysia.Berlandaskan dasar-dasar tersebut, kerajaan haruslah membasmi kemiskinan yang berterusan tanpa mengira kaum/keturunan supaya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum baik di kawasan bandar mahupun luar bandar serta antara wilayah. Dengan itu, kerajaan perlulah membuka dan membangunkan tanah-tanah baru di luar bandar supaya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta melaksanakan program-program pemberian subsidi dan kredit serta kemahiran bagi pekebun kecil, nelayan, pekerja ladang dan sebagainya. Manakala di bandar pula,kerajaan bolehlah menambahkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan kerajaan dengan membuka danmemajukan lebih banyak kawasan perindustrian baru. Di samping itu, kerajaan juga perlu menjalankan penyusunan semula masyarakat dari semasa ke semasa bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi.


Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Oleh itu, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.



Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan dan sambutan-sambutan majlis di sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

 3.0 PENYEBARAN FITNAH

Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.

Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.

Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,

Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat. 
            
Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.

              Kesimpulannya  fitnah bukan sahaja banyak membawa keburukan dalam kehidupan bermasyarakat bahkan ianya merupakan dosa besar. Pembuat dan penyebar fitnah disifatkan Islam sebagai sekeji-keji manusia.Tambahan lagi,Setiap informasi yang sampai kepada kita wajib diperhalusi dan diselidiki kesahihanny bukan hanya terus mempercayainye tanpa membuat selidik.Akhir sekali,  Amalkanlah adab-adab Islam ketika berinteraksi dengan siber dan teknologi maklumat agar kite dapat menghindari diri kita daripada grjala fitnah.

Contoh Fitnah:




 4.0 Hiburan Melampau
Diubah oleh: Muhammad Azfar Afiq Bin Zainudin (06DAD14F2028)

Pengenalan

Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja atau belia. Namun, persoalannya di sini adakah hiburan dapat memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat secara amnya dan golongan belia khususnya berikutan dengan kemajuan teknologi negara masa kini.
 
Pada era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik, filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan ketenangan. Tidak dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh menjadi penghibur, hidup dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan. Malah hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi untuk mendapatkan sumber hiburan.
   
Selalunya apabila disebut tentang hiburan pasti akan tergambar di fikiran hanya tentang muzik dan filem. Muzik (jazz, pop, rock, blues, rapp, dangdut, poprock dan agogo) dan filem juga merupakan salah satu hiburan yang utama iaitu mampu memberi impak yang ‘pro’ dan ‘kontra’ kepada belia atau remaja berdasarkan cara penerimaan dan penggunaan hiburan tersebut. Misalnya, jika dilihat dari aspek positif, ada di antara pelajar sendiri yang telah menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Cuba kita tinjau dari aspek sejarah, manusia didapati lebih berpotensi untuk mencapai apa yang diingini jika seseorang melakukan perkara tersebut di dalam keadaan gembira dan tenang. Secara tidak langsung, muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya belia.
  
Pada asalnya, teknologi terkini yang menampung evolusi hiburan yang meluasnya terutama dari filem dan muzik secara khususnya adalah bertujuan untuk memberi faedah kepada masyarakat iaitu sebagai penghibur dan menambahkan suasana ceria. Tetapi pada masa kini, golongan belia telah menjadikan tujuannya amat menyimpang dan membawa kepada kesan yang negatif akibat daripada perkembangan teknologi yang sangat pesat. Seperti yang kita sedia maklum golongan belia ini mudah untuk terdorong melakukan atau mencuba sesuatu yang baru. Kemunculan teknologi yang canggih seperti satelit, televisyen, wayang gambar, ‘video player’ dan sebagainya telah memudahkan lagi para belia mendapatkan hiburan yang boleh menjurus kepada perkara-perkara negatif berbanding positif.

Punca-Punca Akhlak Remaja Semakin Rapuh

Pada zaman yang serba canggih ini, pelbagai teknologi telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai namun penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Pada remaja kini terlalu mengikut pengaruh dunia barat yang dianggap “up-to-date” dan berasa malu sekiranya tidak mengikutnya.
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah “menang jadi arang, kalah jadi abu’.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
 
Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.  
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu hari nanti.     


Cara-cara menangani gejala hiburan melampau ini
Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan kahlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan  nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.
Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata untuk dikembangkan dalam masyarakat.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.
Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir. 



Kesimpulan

Hiburan adalah perbuatan, aktiviti dan sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum tentang hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khursusnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangan dalam media massa tidak kira media cetak dan media elektronik. Perkara inilah yang mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.
 Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para ilmuan mengambil tindakkan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan berserta berhujah dan dalil yang tersendiri.
 Tetapi perkara yang dijadikan fokus adalah berkenaan hiburan yang terlampau, hiburan seperti disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan, bukan islam menggalakan umatnya menjauh diri daripada perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan. Sekirannya diamati hiburan terlampau datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai agenda untuk merosakkan akidah umat islam dan apa yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat islam. Melihat dari kajian pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan membawa keruntuhan akhlak umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan bayi yang sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, minum arak dan sebagainya. Semua ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal walaupun sebahian orang melihatnya kecil contoh menonton rancangan realiti di kaca tv, ramai dikalangan masyarakat beranggapan ia sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak mengetai aplikasinya terhadapmoral dan akhlak. Antara keburukkan lain adalah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya.
 
Secara ringkasnya, banyak keburukkan dan impikasi yang negetif melalui hiburan melampau, termasuklah merosakkan agama, bangsa dan budaya melayu itu sendiri, bagi remaja yang asyik dalam alam hiburan impilikasi yang amat membimbang agama dan negara pada masa yang akan datang.
 Mengapa kita sebagai umat islam mencari hiburan, sedangkan apa yang ada yang ada di sisi Allah s.w.t lebih baik
Kredit:Anis Hobbit


1 comment:

  1. A guide to the best casinos in 2021 - Dr.MCD
    Here 부산광역 출장샵 are the best online 목포 출장마사지 casinos for players to choose from. Casino 거제 출장마사지 – Best Live Blackjack; Casino – Best Online Slots; Casino 태백 출장마사지 – Slot Machines. 서귀포 출장마사지

    ReplyDelete